Sunday, July 22, 2012

Didikan Ramadhan

Assalamualaikum... ada kawan kata, Ramadhan ni bulan tidur. betul ke? katanya kalau tak caya, lihatlah, ramai mana orang yang tabiat tidurnya bertambah di bulan ramadhan. yang peliknya, tidurya di siang hari! kalau tak tidur pun, ramai yang menguap... uwaaargh sana.. uwargh sini.. tak caya, tengok la kat office-office katanya... inilah hujah bagi sesetengah orang bukan Islam yang berkata bulan ramadhan ini bulan yang tak produktif.. betul ke begitu?

kalau begitu jom kita analisis sekejap..

bila ramadhan menjelma, gaya hidup seorang muslim mula berubah. cara makan berubah dan gaya tidur berubah.. malah, gaya ibadah pun berubah.. malah perubahan tu amat drastik dan mendadak.. perlu ditekankan, drastik dan mendadak bagi orang yang tak biasa dengan cara hidup islam yang asli. bagi orang yang mukmin yang kehidupannya dah berkualiti dan selari dengan kehendak islam, insyaAllah bulan Ramadhan ni tidak memberi banyak perbezaan kepadanya..

jom kita tengok, apa yang berubahnya..

kalau dulu, solat hanya solat fardu, tapi dalam bulan ramadhan, seseorang tu mula melakukan solat sunat.. solat terawih saja paling minima pun 8 rakaat. tu tak tambah lagi dengan solat witir yang 3 rakaat.. wah.. kan dah berubah cara hidup tu..

makan pula, kalau dulu setiap masa makan.. tapi sekarang ni, pola pemakanan dah berubah.. makan hanya pada waktu berbuka dan pada waktu sahur. kekadang tu ditambah pula dengan makan ringan selepas solat terawih.. wah.. tu pun menunjukkan cara hidup dah berubah..

cara tidur pulak pun dah berubah... kalau dulu tidur bagai nak rak.. puas ayam berkokok, telepon berdering, selimut jugak yang ditariknya.. tapi dalam bulan ramadhan, paling tidak, seseorang tu kena bangun jugak untuk bersahur.. kalau tak, berlapar la esok hari.. nah.. sekarang gaya tidur pun berubah..

justeru, kesan dari perubahan yang drastik ni, maka ramai la yang menguap-menguap di siang hari.. tapi, perkara tu di awal ramadhan sahaja.. insyaAllah, bagi seorang yang tekun, pertengahan ramadhan dia dah kembali normal.. tak ngantuk dan makin bersemangat...

biasalah... jika kita mula ingin melakukan perubahan, kita akan merasakan sesuatu kelainan pada awalnya.. ala, kalau kita tanya orang yang cuba satu-satu produk kesihatan, promoter akan cakap kat dia, "lepas makan produk ni, encik akan rasa kelainan sikit, kerap ke tandas dan sebagainya.. tapi tu permulaan je.. lepas seminggu, insyaAllah ok"

justeru, ramadhan ni macam penasihat kesihatan la.. bagi mukmin yang telah lama tersalah dalam cara hidup. ramadhan akan cuba kembalikan kepada kehidupan yang sepatutnya dilalui oleh seorang mukmin.. seorang mukmin perlu makan dalam kuantiti yang betul dan perlu kuat pula beribadat.. barulah menjadi mukmin yang sihat dan kuat jasmani dan rohaninya

sama ada sedar atau tidak, itulah yang sedang diajar oleh ramadhan kepada kita..

ke guane?



salam ramadhan...
ustazshafiee
seberang takir,
Malaysia

2 comments:

Bookinghotels-Bali said...

Blog yang bagus mudah2 berguna Bagi Kawan-kawan

bali hotels -booking hotels said...

Blog yang bagus.......semoga berguna bagi semuanya