Tuesday, October 26, 2010

Ada Apa di Bawah Sejadah?

Assalamualaikum..

Hari ini ramai sungguh orang di masjid, sungguh pelik ku rasa. ku lihat semua orang kampung berada di masjid. Din Misai, Zainal Rimau, Draman Panjang, semua ada kat masjid.sekali lagi rasa hairan ku bertambah.bukankah ni waktu solat subuh? tak pernah-pernah masjid tua ni dipenuhi orang ramai di waktu subuh. kalau solat jumaat tu, tahulah aku. ni waktu subuh pun penuh! FULL HOUSE! Apa dah jadi nih!

Aku cuba masuk dalam masjid tua itu melalui pintu utama. Berasak-asak orang kampung di situ. aku beralih ke pintuu kecil di tepi masjid, jua berasak-rasak di situ. tiba-tiba aku melihat beberapa orang anggota polis mengawal pintu kecil itu! uish.. apa dah jadi ni? tak pernah aku lihat pintu masjid dikawal polis. dekat mekah pernah la aku tengok! apa dah jadi nih? sampai waktu subuh pun berasak-asak nak masuk. waktu subuh semalam tak ada pulak macam ni. bahkan makmum yang mari lambat pun masih sempat bertahyat akhir dengan imam dan masih lagi dapat sof pertama.. apa dah jadi nih?

aku meninjau-ninjau kelompak yang berebut-rebut tersebut. tiba-tiba ternampak kelibat yang aku kenali, Ahmad Bustaman kawan sekolah ku dulu. dia makmum yang setia kat masjid nih. dia selalu menghadiri solat jemaah 5 waktu kat di masjid ni. nampaknya dia pun menghadapi masalah yang sama seperti aku.lalu aku mencuit bahunya dan dia berpaling.aku bertanya "Mat, apa cerita ni?" Ahmad Bustaman menggeleng kepala sambil berkata "aku tak tahu. pelik sungguh solat subuh pagi ni! ramai sangat orang kampung! tua muda, kecil besar, lelaki perempuan, semua datang. aku tak faham la. kalau macam ni, kul 3.30 pagi tadi dah kena keluar untuk solat subuh ni!" wah detik hatiku. nak solat subuh kena datang 2 jam lebih awal! uish,, uish..

tak lama kemudian, terdengar suara bilal melaungkan iqamah. dan selepas beberapa ketika, masalah berhimpit-himpit pun selesai. semua pun dapat masuk dalam sof sama ada dalam masjid ataupun di sebelah luar masjid, dan tempatku untuk subuh kali ini, dipenjuru sof yang terakhir, di sebelah ahmad bustaman berhampiran selipar-selipar jemaah masjid. nak buat macamana. dah semua berebut-rebut. dan suatu lagi yang pelik pada solat subuh hari ni, sejadah di pasang sampai ke sof terakhir. biasa satu sof depan je.

aku membetulkan sof sambil menunggu imam mengangkat takbiratul ihram. tak lama kemudian, bunyi riuh rendah kat depan. aku bertanya orang di saf depan. orang di depanku menggeleng kepala.. erm, ku tetap menunggu imam memulakan solat subuh.. tak lama kemudian tersebar berita rupanya Zainal Rimau bertelagah dengan tuan imam. Zainal Rimau nak jadi imam solat subuh hari ni. pelik sungguh! bila pulak Zainal Rimau begitu teruja dalam bab-bab solat ni. kalau dulu-dulu solat jumaat pun tak pernah lihat kelibat Zainal Rimau ni.. akhirnya dengan campur tangan anggota polis, tugas tuan imam diserahkan kepada imam 1 masjid iaitu tok khatib malik.

kemudian terdengar imam melaungkan takbiratul ihram, dan masjid pun bergema dengan suara jemaah subuh kali ini.

selesai solat, semua jemaah menyelak sejadah dan mengambil sesuatu di bawah sejadah. dan aku pun menyelak sejadah ku. oh.. ada duit rupanya! di bawah sejadah ku hanya terdapat syiling dua puluh sen. ahmad bustaman pun mendapat syiling dua puluh sen jugak. ku jenguk makmum yang berada di saf hadapan ku. di tangannya terdapat syiling 50 sen. katanya makin depan sof, makin tinggi nilai duit di bawah sejadah. dan semua beredar. semasa sampai kat pintu pagar, aku terdengar orang berkata rupanya zainal Rimau bergaduh nak jadi imam sebab duit di bawah sejadah imam ada rm1000 ringgit. manakala di bawah tikar sejadah sof yang paling depan ada rm500 ringgit untuk setiap orang di sof tersebut. oh! sekarang baru ku tahu kenapa subuh kali ini pelik sangat! tu yang orang gila-gila datang masjid subuh ni. ada duit bawah tikar sejadah!

sedang aku berjalan keluar dari masjid tiba-tiba terdengar suara ayah sayup-sayup memangil aku. "Man! Man! Bangun! dah nak subuh ni. Bilal Din dah baca Tarahim dah tu!"

la.. aku bermimpi rupanya! oh! alangkah indahnya kalau mimpiku benar-benar menjadi kenyataan! eh! aku kena cepat bersiap nak pegi solat subuh ni! aku taknak dapat 20 sen je! aku nak dapat paling tidak rm500. ehehe ke guane?

nukilan:
ustazshafiee
Selepas Solat Subuh berjemaah
di Masjid UniSZA
Malaysia
Pada 27 Oktober 2010
19 zulkaedah 1431H

21 comments:

rose@ila said...

salam ustaz
lama tak buat posting, tiba2 buat post meletup!tahniah!saya baca pun jadi suspen habis, dan sungguh terkesan dgn 20 sen dan rm1000 tu ustaz, kalaulah kita tahu nilai ibadah adalah diluar batas rm dan upahnya adalah lbh dari itu,SubhanAllah makmur dunia ni!sy ambil utk renungan diri sendiri!
tahniah utk artikel yg sungguh baik!

VanDerSafWan© said...

Salam ustaz...
Saya sgt2 suke dengan cara penyampaian ustaz..amat berkesan pada saya..Semoga Allah beri ustaz lebih banyak ilham idea2 menarek untuk dikongsikan bersama..

selamat berjuang ustaz!!

ummu yusra said...

salam ust..huhu seronok sgt posting ust kali ni..buat debar ja jantung ni ingt sejadah solat lagi tapi rupanya lebih dari itu,ada org sedekah duit rupanya...duit mimpi(hehe),nanti ust buat gempak lagi ea.

Ayasu Kuro-Obi said...

Doh kita try ah skali buh pitih bwh sejadah....tgk jadi guana kapung kita....hahaha... tapi alhamdulillah, kapung aku (kapung baru aku) sejid subuh rama sokmo...

ustazshafiee said...

assalamualaikum semua..

rose:
kalaulah di mata kita hanya Dia, akan tersirna segala selainNya

Safwan:
terima kasih atas doa.. semoga Allah makbulkan..

Ummu Yusra:
kalaulah mimpi itu jadi realiti, ustaz la yg paling rugi pagi subuh tu.. dapat 20 sen je :)

Haji sepul:
agak-agaknya kalu bubuh pitih kat sejid binjai tu, guane gamok suasana subuh dia? ada macam mekah dok? :))

Ayasu Kuro-Obi said...

aku rasa sejid binjai org dok cara ada pitih ke dok bwh sejadah....chehehee ... (kalu set mat repik tahu sahih penuh muto)

ajako said...

itulah kelebihan ustaz dr hj pie, kalu jadi artis pasti dipanggil 'dramatic comeback' koh3...alfu mabruk

ana said...

salam..wow best artikel ni..buat sy tertanye2 apa la yg terjadi ni..melalui artikel ni nmpok sgt la manusia ni lebih pentingkan duit dr ibadah..bg sy la ustaz..kalu xde duit tu bwh sejadah...xde pn yg berebut2 nk dtg solat...huhuhu...sampai imam pn leh gaduh...hihihi..lucu...

musafir ilmu dan cinta said...

Salam, kalau lah tanpa duit manusia ke masjid melebihi solat jumaat, mmg dunia ni terbalik....nek qiamat la ni....mimpi yg bagus! ~ mabruk ustaz! criter yg terkesan d hati...semagt ke masjid makin tggi...

Ustaz Anas said...

sahabat, pas PiEm bentang belanjawan elaun imam naik ni, tadah2 la telinga kot2 dengor ada orang lobi kat jabat agama nak jadi imam. dulu naik 50 ringgit pun ada dah kena rasuk..hi3 (dop semua, kata hok berkenaan shj). molek kalu belanjawan 2 tahun lagi bentang sape2 jadi makmum dapat elaun RM200 sebulan pong ok jer, sof pertama dapat claim lebih, ANA AMIK REZAB SOF PERTAMA, LETAK PAPAN TANDA LAGI, mcm rezab parking tu :-)

ustazshafiee said...

hj sepol: mat repit gitu sokmo

ajak: oh! dramatic comeback ke? hehe

ana: pahala menjadi imam ni xdok org tahu.. tapi banyok la..

musafir ilmu: kena semangat sokmo. dokleh kendur..

anas: woh! ganah aa kalau ada rezab parking kat sof pertama.. tapi kena bayo ke MBKT la.. ehehe

Ukhtie Rashidah said...

salam a pie.

maaf ye lama tak dapat respon.Dok tahu bak pe jadi gitu,dok leh komen.

Apapun,terima kasih atas perkongsian mimpi ini.Memang dramatis dan mengesankan.

Berbalik kisah duit bawah sejadah tadi,memang manusia selalu nak yg nampak kan?Sedangkan yg tak nampak tak semestinya tak wujud.Seperti Allah,kita tak nampak tapi sifatnya wajibul wujud.

Tertarik dgn komen ustaz Anas juga,isu elaun imam sedikit hangat sekarang ni.Ada kawan seorang imam berkata sanggup letak jawatan dari imam jika elaun itu menjadi fitnah.Sampai tahap tu.Mujur ada imam yang kool aje:)-

agaknya kalau mimpi tu jadi nyata,mujur la kalu bole claim ke MPKT...hihihi..ke guaner?

ustazshafiee said...

waalaikumussalam syidah..

memang manusia selalu menilai dengan mata kasar, disebabkan mata halusnya kurang berfungsi.

mata kasar memerlukan cahaya matahari untuk meneliti, manakala mata halus memerlukan cahaya Ilahi untuk memahami..

dan amatlah sedikit org yg memiliki cahaya Ilahi itu di akhir zaman ini..

ke guane?

:)

Syahadah Alina said...

Salam Ustaz..

Posting ini ada mesej trtntu walaupun dalam bentuk jenaka..Syukran ustaz.. Sya ikuti sampai pnghujung crita dan tak sangka itu cuma mimpi.. Ingatkan betul2 ada terjadi..

ustazshafiee said...

sebenarnya kisah ini ustaz touch up dari Hadis Rasulullah s.a.w. Hasil dari pentadabburan hadis ini ustaz terjemahkan dalam bentuk cerita. semoga ada manfaatnya.

Dari Abi Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Tidak ada shalat yang lebih berat buat orang-orang munafik dari shalat Isya’ dan shalat Shubuh. Seandainya mereka tahu keutaaan keduanya, pastilah mereka akan mendatanginya meski dengan merangkak (HR Bukhari dan Muslim)

junaidiahmad said...

Terkesan! izinkan ana copy dan sebarkan msg dakwah ini.

ash_mza said...

Assalam...
Izin perkongsian kisah ya ust:)
syukran...

shariza said...

Subhanallah....amat menarik penyampaian ini....semoga kita semua mendapat keberkatannya dengan memaksimakan penggunaan sejadah yang bukan setakat 5 waktu sahaja...tapi lebih daripada itu...

Abdullah said...

salam ustaz.. sungguh mnarik..hehe.. izinkn saya copy n paste dlm blog saye.. sy akan sertakn dengn sumber skali.. tq..

Butik D'Qaseh said...

indahnya kata-kata :-)..

Anonymous said...

sy nk minta izin utk share ,, tq