Sunday, March 29, 2009

ketenangan jiwa...

Assalamualaikum.. Ketenangan adalah impian setiap jiwa. ketenangan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. apabila tiada ketenangan seolah-olah tiada gunanya kita memiliki rumah yang besar, memiliki kereta yang hebat, memiliki jawatan yang tinggi. begitulah pentingnya ketenangan.

kenapa artikel kali ni hendak menyentuh soal ketenangan? sebabnya, semalam penulis berpengalaman berbicara dengan seorang peniaga cina yang bertanyakan soal ketenangan. persoalan tersebut timbul apabila peniaga tu berkata bisnessnya tutup pukul 6 ptg. aku respond bahawa tindakannya menutup kedai pukul 6 tu adalah tindakan yanag bagus sbb dalam islam malam adalah waktu untuk rehatkan diri dari keletihan mencari rezeki di siang hari. Peniaga tu kata, walaupun rehat cukup, tapi tak ade ketenangan pun. asyik terfikir pasal duit, cek, anak dll. aku merespond lagi: tidur tu untuk rehatkan fizikal dan otak. sbb manusia ni perlukan rehat. otak kita tak leh berfungsi dengan baik kalau tidak tidur. jadi Tuhan jadikan malam untuk rehat. tapi tidur tidak boleh beri ketenangan, sebab ketenangan bukannya di otak, ketenangan di hati. Tidur hanya boleh bagi kecergasan... Peniaga tu berkata: macam tu ka? hati sama otak lain ke? ya, memang lain! Jawabku tersengih...

apa kata kita renung sekejap firman Allah tentang ketenangan jiwa. Firman Allah dalam surah al-Ra'du ayat 28: "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia".

dalam ayat tersebut, Allah memberitahu kunci ketenangan ialah dengan mengingati Allah. Kita juga mendapati Allah mengulangkan perkataan zikrullah 2 kali sebagai penekanan kepada peripentingnya mengingat Allah sebagai sumber ketenangan. jiwa yang selalu mengingati Allah, sudah tentu akan menjadi tenang. maka sebaliknya jika jiwa yang alpa dan lupa pada Allah, sudah tentu akan resah. baiklah, kita bertanya pada diri kita, adakah kita seorang yang selalu mengingati Allah, ataupun kita hanya mengingati Allah seketika sahaja? kalau jawapan kita selalu mengingati Allah, saya yakin jiwa kita akan tenang sentiasa, tetapi jika kita hanya mengingati Allah untuk seketika, saya yakin jiwa kita akan selalu berada di dalam keadaan resah gelisah..

bagi penulis, Jiwa yang tenang adalah jiwa yang sentiasa mengharap pada Allah. Jiwa yang tidak pernah hilang punca apabila ditimpa musibah dalam kehidupan. Jiwa yang segera (sentiasa) berpaut dengan tali Allah apabila ditimpa bala bencana. jiwa yang sentiasa berbaik sangka dengan segala takdir yang menimpanya. Jiwa yang sentiasa mengingati allah dalam apa jua keadaan sekali pun. Jiwa yang memahami asma'Nya, sifat-sifatNya dan af'alNya...

Di akhir perbualan kami, aku memberitahu kepada peniaga tersebut, untuk tenang, kamu mesti mencari sumber ketenangan. lantas peniaga tu tanya: duit boleh ke? jawabku duit tak kekal. duit akan habis. mesti cari sesuatu yang kekal. yang takkan binasa. yang sentiasa ada. peniaga itu mengangguk sambil berkata: ya.. ya .. something yang eternal..

sampai di situ je perbualan kami. ntahkan sampai ntahkan tidak mesej aku kepada dia. Tapi rasa cukup puas dapat membesarkan Allah di matanya..begitulah, kalau hati dah tenang, tempat yang begitu sempit terasa lapang, tapi sebaliknya kalau hati tidak tenang, tempat yang lapang terasa sempit bukan kepalang. wassalam.

wallahu'alam

20 comments:

Zaidi Al-Kashafi said...

Bagus lah pengisian blog ustaz Pie kali ni. Patutlah nama blog pun Zikir Ritma Jiwa. Zikir itu bila kita sentiasa ingat kepada Allah setiap masa dan tempat. Tapi kadang-kadang kita lupa kepada ALLAH. Sebabtulah kita kena tazkirah.

Memang sudah dinamakan manusia. Nak tahu tak makna perkataan "manusia"?. Dalam bahasa arab perkataan manusia tu maknanya "apa yang diciptakan(sebagai) pelupa". Sebab itulah manusia perlu selalu diingatkan atau diberi peringatan.

Dan manusia juga mempunyai hati. Hati dalam bahasa arab ialah qalbu. Qalbu itu maknanya berubah-ubah atau berbolak-balik. Maka sebab itulah hati manusia mudah berubah.

Kalau nak beribadah kena ada ilmu. Itu lebih baik daripada beribadah tanpai lmu, main ikut orang saja. Ibadat bukannya adat. Okay.

ustazshafiee said...

kasyaf:
aku suka statement mu ni :
Kalau nak beribadah kena ada ilmu. Itu lebih baik daripada beribadah tanpai lmu, main ikut orang saja. Ibadat bukannya adat. Okay.

betul tu kasyaf. ada orang solat dia dari zaman sekolah rendah hingga sekarang tak pernah diupgrade kualitinya. Kalau sekolah rendah dulu solatnya laju tanpa kekusyukkan, sekarang ni pun, macam tu jugak. Sbb tu aku setuju sangat yang ibadah kita akan bertambah baik kalau bertambah ilmu..

Rozaimi Bin Mohd Said said...

lama dah rasanya tak masuk blog ni, semenjak masuk tempat kerja baru ni, agak sibuk sikit...aku setuju sangat dengan artikel kali ni, ketenangan tak boleh dibeli dengan wang ringgit, itu sebab orang yang kaya dengan rm belum tentu bahagia dan ada jugak orang yang miskin rm hidupnya bahagia

defina said...

Salam abg pie,
Memang dengan mengingati Allah hati akan tenang. Lebih dapat dirasa bagi kita manusia yang lemah ni apabila menghadapi sesuatu masalah. Masa tu memang rasa hanya Allah sahaja tempat untuk memohon pertolongan. Usahkan kepada mereka yang sentiasa solat lima waktu sehari semalam, mereka yang solatnya tak cukup malah boleh dikatakan tak menjaga solatpun pasti akan mengadu dan memohon pertolongan Allah kalau tersepit.

ustazshafiee said...

kepet:

bila sebut bahagia, kekadang aku terfikir, siapa yang bagi definisi bahagia tu? kita rasa kita bahagia.. betul ke bahagia? kita je melebelkan kebahagian tu dengan material. sedangkan kebahagiaan jauh lebih dalam maknanya.. ramai parents yang susah payah bekerja untuk tambah nilai meterial, keranan baginya kebahagian tu material. tetapi hasilnya ramai yang berduka..

terima kasih atas komen mu kepet. aku tahu mu sibuk sangat. tak pe sibuk, asalkan bahagia. kr guane? :)

ustazshafiee said...

defina de lova:

begitulah kejadian manusia. ada yang terlalu liar dengan Tuhannya. tidak mahu tunduk pada perintahnya. tetapi ada juga manusia yang begitu jinak dengan Tuhannya. sentiasa merasa berdamping denganNya. Sentiasa merasa payung rahmatNya yang selalu memayungi perjalanan hidupnya.

Selalulah berharap kepada Allah, kerana kepada siapa lagi kita hendak sandarkan harapan kita kalau tidak kepadaNya..

p/s: em, kasyfu okey ke?

defina said...

betul tu abg pie.
semoga rahmat-Nya sentiasa mengiringi kita, insyaAllah..

p/s: kashful (kalu version US = cashfull ...hehehe) Alhamdulillah. sekarang tengah tidur lepas minum susu.

shariza said...

Salam, Pie'

Ketenangan yang paling haikiki adalah apabila bersujud seorang hamba itu kapada Allah.

Seseorang pernah berkata kepada Eija semua benda dah ade tapi dia rasa kurang. Rasa hidup ni kosong dan serba tak kena. Maka jawab Eija cubalah sembahyang. Mesti rasa lega.Walaupun makan masa untuk memulakan sembahyang akhirnya sesorang tu pun dah start sembahyang dan mengakui jiwanya tenang sangat apabila sujud padaNYA.

And a very BIG lesson for me coz Eija pernah accident 2 kali. dan bila fikir balik mungkin sebab tangguh sembahyang Asar sebab tu tak tenang bawak kereta. Sejak itu, Eija akan make sure sembahyang Asar baru balik kerja. Alhamdulillah selamat.

ajako said...

ust pi'e: ade owang berpendapat ketenangan jiwa tu tertakluk kepada persepsi masing2. ade org rase dgn rumah yg selesa, kerete yg selesa dan keluarga yg selese selain poket yg selesa dah cukup buat dia tenang dan bahagia. so, dia kate, watpe nak cari ketenangan lain...dia jugak buat perbandingan dirinye dgn beberapa org islam yg kelihatan x tenang walaupun rajin ke mesjid. susah gak nak bg penerangan kat org yg Allah bagi ujian keselesaan ni kan???

ustazshafiee said...

ajako:
memang betul kalau dilihat sekali imbas memang rumah yang selesa, poket yang selesa sudah dikira kebahagiaan dan ketenangan bagi sesetengah orang. mungkin juga bagi golongan ini kekayaan adalah kebahagiaan. namun kebahagiaan ini adalah sementara. bayangkan kalau dia tiba-tiba kehilangan rumah besar, kehilangan kereta besar dan poket menjadi sempit adakah dia masih ada kebahagiaan? sudah tentu dia merana. tapi kalau orang berpegang pada tali Allah, walaupun tiada rumah besar, tiada kereta besar, poket sempit dia tetap berkata saya amat bahagia.. manakh lebih hebat, bahagia yang datang dari sumber yang sementara ataupun bahagia yang datang dari sumber yang abadi?

ustazshafiee said...

eija:
Allah adalah punca ketenangan. kalau mencari Allah sudah tentu jiwa akan tenang. memang tidak dinafikan disaat sujud adalah saat yang paling rapat si hamba dengan pencipta. kerana di waktu sujud itulah bukti kerendahan kita di hadapan Allah yang Maha mulia

ustazshafiee said...

sahabat-sahabatku:
perumpamaan tentang ketenangan yang hakiki dan ketenangan yang sementara boleh la kita katakan macam ni.. di waktu gelap kita memerlukan cahaya. lalu kita pun beli lilin dan tempat persekitaran kita menjadi cerah. kita rasa amat gembira. namun apabila matahari memancarkan sinarnya, cahaya lilin tadi sudah tidak bermakna. memang benar, lilin itu bercahaya, tapi bila bertemu dengan cahaya mentari, cahaya lilin itu sudah tidak berguna. begitulah juga keadaannya kalau kita bersandar pada ketenangan yang sementara. dan apabila kita sudah bersandar kepada sumber ketenangan yang abadi, sumber ketenangan yang sementara tadi sudah tidak bererti lagi...

ustazshafiee said...

defina de lova:
kalau cashfull tak pe, jangan full loan dah la :)

Ukhtie said...

Salam.First try selepas dijemput.Sangat bagus isi blog ustaz ini.Semoga teruskan usaha berkongsi apa yg diketahui dan apa yang ingin kami ketahui...Terima kasih atas jemputan.

ustazshafiee said...

ukhtiez:
ahlan bik. Terima kasih kerana sudi berkunjung. semoga allah permudahkan semuanya..

ana said...

salam...em btl tu..sebut pasal ketenangan jiwa ni..mcm2 bemain difikiran...sy sokong ape yg ustaz ckp ..bile Allah sentiase di hati , manusia tu akn tnang walau ape pn yg melande..dan pling penting..zikir..sy sbgai seorg pelajar, bnyk tugasan yg perlu di siapkn dlm mase yg singkat..memang x tenang la kalu difikir2kn blh x nk siap sume ni..tp bile sy mengadu pada Allah agr diberi kekuatan untk siapkn sume ni..hati sy jd tenang dan yakin, sy mampu siapkn..dan dsetiap kali sy rase tension sy cube berzikir...dan sy dpt rasekn nikmatnye bile hati mengingati Allah...jiwa akn mnjadi tenang..

Anonymous said...

betul ustaz. memiliki jawatan yang besar tak semestinya tenang, yang penting sentiasa ingat pada tuhan. saya cuba untuk improve diri saya supaya jadik yang lebih baik

ustazshafiee said...

anonymous:

salam perkenalan. rasanya yang tak tenang bukannya jawatan yang besar tu. yang tak tenang ialah hati yang menghadapi sesuatu perkara. sbb hati tu telah hilang kompasnya kepada sumber kedamaian. dalam sejarah manusia, nabi sulaiman dan nabi yusuf adalah dua individu yang berjawatan raja dan menteri. tapi hati mereka tenang kerana berpaut pada sumber ketenangan.. nabi kita nabi muhammad juga ketua negara, namun hatinya damai dan tenang.. menarik bukan?

me ana said...

Ustaz, maafkan saya kerana baru memberi komen sedangkan post ini sudah agak lama ditulis. ketika saya sdang mencari artikel berkenaan ketenangan hati, saya terjumpa blog ustadz. saya ingin bertanya sesuatu. Para nabi dan rasul menerima ujian untuk mengukuhkan iman mereka. bagaimana pula dengan pendosa ustaz?Allah menurunkan musibah, adakah kerana menghukum, atau menyelamatkan, atau keduanya sekali?kerana pendosa itu sangat jauh bezanya dengan para nabi.Apakah yang harus dilakukan oleh seorang pendosa apabila ditimpa musibah dan ingin kembali kepadaNya?

ustazshafiee said...

me ana:

sila baca artikel di link ni dulu

http://ustazshafiee.blogspot.com/search/label/tasawuf

semoga ada manfaatnya..